Tuesday 16 February 2016

Ringkasan Level Peminat Idol ~~

Yo! Hari ini nak kongsi beberapa perkara asas tentang istilah-istilah dalam dunia idol jepun. Kalau yang layan idol jepun mesti pernah dengar perkataan macam, OSHI, OSHIHEN, OSHIMEN, Daredemo Daisuki & Minna Daisuki, kan. Nak ulas secara ringkas tentang makna-makna semua yang aku sebut tadi. Lagi-lagi untuk peminat idol jepun yang baru nak berjinak-jinak ke "lembah tak berpenghujung" ni.


OSHI
Oshi ialah makna seseorang yang kamu idolakan.
Ayat ini sering digunakan jika kamu bertemu dengan peminat-peminat lain. Contoh macam "Oshi kau siapa?", bermaksud siapa idola kamu atau siapa yang paling kamu suka. Terpulang pada kamu dari kumpulan idol mana yang kamu suka, mungkin tak sama dengan peminat lain atau juga mungkin sama kumpulan.
Ada peminat oshi dia lebih dari seorang, kalau yang ini ada ayat dia yang lain.

Contoh macam aku, kalau di tanya siapa Oshi aku? Oshi aku dah tentu Oda Sakura atau Odachii dari kumpulan Morning Musume.


OSHIMEN
Oshimen ni adalah idol nombor satu kamu, atau senang cerita ultimate oshi atau istilah dekat jepun "kami-oshi".
Macam kamu ada beberapa orang oshi tak kiralah berapa orang, dari berapa kumpulan, tapi mesti dalam ramai-ramai oshi ada oshi paling teratas atau nombor satu. Biasa kamu akan anggap dia lagi penting dan keutamaan dari oshi-oshi yang lain. Kebiasaan oshimen tu datang dari Oshi pertama kamu, tapi yang penting kamu akan lebih kan hal Oshi utama kamu dari yang lain. 
Biasa kalau macam ni, peminat atau kamu sendiri akan utamakan kumpulan yang datang dari oshi kamu atau kalau cuma ada satu kumpulan yang kamu layan, kamu hanya fokus pada Oshi kamu saja seperti bila kamu beli item atau goodies berkaitan dengan Oshimen kamu.

Contoh, Oshimen aku Oda Sakura (Morning Musume), tapi aku ada Oshi lain dari kumpulan lain juga macam Sasaki Ayaka (Momoiro Clover Z), Takahashi Yurika (Otome Shinto), Hink (Color Pointe), Fukurawa Mirin (Dempagumi.inc) dan lain-lain, tapi bila beli item aku akan utamakan beli item dari Oda Sakura.


OSHIHEN
Oshihen ni macam seseorang yang kamu suka setelah ada Oshimen, atau kata lain "Oshi Extra" atau "Oshi Lain".
Kadang-kadang Oshihen pun kita boleh jadikan Oshimen kita,kata lain kita pengganti Oshimen sebelumnya.
Idol jepun biasa paling tak suka ayat ni sebab ia maksud kata lain mereka akan hilang peminat sebab peminat mereka beralih arah ke idol lain. Kalau bahasa bercintanya, curang. Haha.
Bahaya dalam situasi ni sebab kemungkinan dompet kamu akan sentiasa tipis adalah besar sebab banyak idol jepun kamu kena "support", sebab kena beli item, goodies, single atau yang berkaitan dengan oshi-oshi kamu. Peningkatan oshi bermakna peningkatan pembelanjaan. Haha

Contoh, Oshimen aku Oda Sakura (Morning Musume),dan Oshihen lain Sasaki Ayaka (Momoiro Clover Z), Takahashi Yurika (Otome Shinto), Hink (Color Pointe), Fukurawa Mirin (Dempagumi.inc) dan lain-lain, nak tak nak terpaksa beli item2 dari kumpulan lain bagi "support" idol jepun yang aku layan. Tapi kena pandai-pandai atur kewanganlah ye.



DD / Daredemo Daisuki
DD / Daredemo Daisuki ni ibarat kamu tidak ada oshi tapi dengan sesiapa saja boleh.
Secara am, peminat tidak fanatik dengan satu kumpulan saja, biasa suka juga dengan kumpulan-kumpulan yang ada. Itu secara am, tapi maksud ni kalangan peminat-peminat sekarang dan di Malaysia, DD ni lebih kepada layan seberapa banyak kumpulan idol yang kamu suka dan tidak tertumpu pada satu-satu kumpulan idol jepun saja. Kalau peminat fanatik, biasa mereka akan terhad layan satu kumpulan idol semata-mata, sebagai contoh, layan AKB48, mereka hanya akan layan yang berkaitan AKB48 saja, kalau mereka layan Hello! Project, mereka akan layan berkaitan Hello! Project saja. Tapi untuk DD, mereka akan layan semua kumpulan walaupun mereka dah ada Kami-group / Kumpulan Utama.

Contoh, aku memang peminat fanatik Morning Musume, tapi aku tetap DD sebab aku layan Otome Shinto, Armors Girls, Dempagumi.inc, RhymeBerry, Juice=Juice, Babyraids JAPAN, 3min, Color Pointe dan lain-lain.


MD / Minna Daisuki
MD / Minna Daisuki ni bila kamu minat beberapa idol tapi tak ada sorang pun dari oshi tu paling di sukai atau oshi utama, layan sama rata.
Berlainan MD dengan DD, mereka lebih suka beberapa idol dalam satu kumpulan yang sama. MD ni jarang ada dan kalau ada pun tak ramai peminat-peminat macam ni. Kalau macam DD lebih am berbanding MD sebab DD dia layan tapi tak terlalu fanantik.

Contoh, dalam satu kumpulan idol jepun, kumpulan ANGERME misalnya, aku suka dengan member dia macam Katsuta Rina, Kamikokuryo Moe & Takeuchi Akari.

Tuesday 2 February 2016

from Semenyih to Paya Lebar in Love!!



Terima kasih yang tidak terhingga kepada geng2 wota Sim Freakster, Faan Žiećkry, Eriyell Kirazawa Freitao Sena yang banyak membantu dalam trip kali ini. owh yeah! Rumah nice, makan nice, all nice man. (nangis jap terharu, serius beb, teringat sia trip kita ke TIF last year. haha!) tanpa korang, tiada trip ini. muah ciked!

Jumpa king Syed Nasruddin Hibiki , lord Jason Chang, lord Half San , super lord Nubhan Abdul Aziz , lord Hafiz Ayub kat event. (thanks jason sebab tolong bagi minyak angin dan sedikit urutan melegakan stress. haha! kau memang awesome Jason!)

Banyak juga perkara hebat berlaku bersama Ikmal Yurnalis dan Hussein Abdul Malek yang perlu dijadikan iktibar. Hidup gelandangan bukanlah semudah yang disangka. kahkah! (terima kasih makcik mcd yang bersungguh membantu tunjuk jalan ke kedai mamak itu, sesungguhnya ais kosong itu sedap pada waktunya)

First time masuk singapore, first time jumpa Kamen Joshi. (tu lah, ari tu ke jepun tak mahu masuk parms, kahkah! jilanat hussein) Diorg super cute doe! Anna, jumpa awak nanti ye. heart emoticon
Looking forward for next trip geng! TOKYO IDOL FESTIVAL 2016!


#‎malaysianwota‬ 
‪#‎idolotaku‬ 
‪#‎singaporetrip‬ 
‪#‎ascot‬ 
‪#‎kamenjoshi‬ 
‪#‎maximumthehormonepose‬



by
Jihadi Norzini Aziz (tempethegreat) 
31 January at 17:13

Monday 1 February 2016

ASCOT2016 Report

ASCOT2016.

Sejujurnya tak tahu nak tulis apa. Kecuali.
Inilah kali pertama Jihadi Norzini Aziz aka Tempethegreat aka Mareshia Riida sampai ke SG bersama adiknya, Ikmal Yurnalis.
*Tepuk*
Eeeeelisaaaaaaaaaaaaaaaaa. (Elisa Call)
Saya, tempe dan adiknya penduduk tetap Paya Lebar Road.
EZlink card =/= suica card.
Jangan tamak.
Jangan semak.
Merlionnnnnn.
Marina Bay Sands.
Kinokuniya di Orchard.
Ada orang tergolek di Merlion.
Ada orang tanya Mos Burger halal meh?
Ada orang merempat bertiga-tiga.
Ada orang boleh makan murtabak SG.
Ada orang givap dengan life sebentar.
Ada orang semak tapi semak yang sihat.
Ada banyak tiket pree, tapi duk depan poyo haruslah berbayar.
Ada orang dengar ada cheki, semangat 1000 pelesen. (itu yang kita nak)
Ada orang dah kurus sket, Agility +10 katanya.
Ada orang tak bawak duit cukup, ada orang miskin dalam masa satu hari.
Ada orang happy terlebih.
Ada orang buat janji takleh dikotakan.
Ada orang tuuu suka cover hijk *tapi mmg hebat pon main*
Ada ramai lord dari SG dan Malaysia.
Ada idol kene usung dalam bot pelampung dan bawak sekeliling tempat.
Ada orang sentuh tangan idol dlm bot tu.
Ada orang jeles.
Ada orang semak.
Sekian.
Banyak lah ada orang ni.
*This is the most subpar writeup for Event, sorry tak ada mood*






by

Hussein Abdul Malek
31 January at 20:44