Tuesday 16 February 2016

Ringkasan Level Peminat Idol ~~

Yo! Hari ini nak kongsi beberapa perkara asas tentang istilah-istilah dalam dunia idol jepun. Kalau yang layan idol jepun mesti pernah dengar perkataan macam, OSHI, OSHIHEN, OSHIMEN, Daredemo Daisuki & Minna Daisuki, kan. Nak ulas secara ringkas tentang makna-makna semua yang aku sebut tadi. Lagi-lagi untuk peminat idol jepun yang baru nak berjinak-jinak ke "lembah tak berpenghujung" ni.


OSHI
Oshi ialah makna seseorang yang kamu idolakan.
Ayat ini sering digunakan jika kamu bertemu dengan peminat-peminat lain. Contoh macam "Oshi kau siapa?", bermaksud siapa idola kamu atau siapa yang paling kamu suka. Terpulang pada kamu dari kumpulan idol mana yang kamu suka, mungkin tak sama dengan peminat lain atau juga mungkin sama kumpulan.
Ada peminat oshi dia lebih dari seorang, kalau yang ini ada ayat dia yang lain.

Contoh macam aku, kalau di tanya siapa Oshi aku? Oshi aku dah tentu Oda Sakura atau Odachii dari kumpulan Morning Musume.


OSHIMEN
Oshimen ni adalah idol nombor satu kamu, atau senang cerita ultimate oshi atau istilah dekat jepun "kami-oshi".
Macam kamu ada beberapa orang oshi tak kiralah berapa orang, dari berapa kumpulan, tapi mesti dalam ramai-ramai oshi ada oshi paling teratas atau nombor satu. Biasa kamu akan anggap dia lagi penting dan keutamaan dari oshi-oshi yang lain. Kebiasaan oshimen tu datang dari Oshi pertama kamu, tapi yang penting kamu akan lebih kan hal Oshi utama kamu dari yang lain. 
Biasa kalau macam ni, peminat atau kamu sendiri akan utamakan kumpulan yang datang dari oshi kamu atau kalau cuma ada satu kumpulan yang kamu layan, kamu hanya fokus pada Oshi kamu saja seperti bila kamu beli item atau goodies berkaitan dengan Oshimen kamu.

Contoh, Oshimen aku Oda Sakura (Morning Musume), tapi aku ada Oshi lain dari kumpulan lain juga macam Sasaki Ayaka (Momoiro Clover Z), Takahashi Yurika (Otome Shinto), Hink (Color Pointe), Fukurawa Mirin (Dempagumi.inc) dan lain-lain, tapi bila beli item aku akan utamakan beli item dari Oda Sakura.


OSHIHEN
Oshihen ni macam seseorang yang kamu suka setelah ada Oshimen, atau kata lain "Oshi Extra" atau "Oshi Lain".
Kadang-kadang Oshihen pun kita boleh jadikan Oshimen kita,kata lain kita pengganti Oshimen sebelumnya.
Idol jepun biasa paling tak suka ayat ni sebab ia maksud kata lain mereka akan hilang peminat sebab peminat mereka beralih arah ke idol lain. Kalau bahasa bercintanya, curang. Haha.
Bahaya dalam situasi ni sebab kemungkinan dompet kamu akan sentiasa tipis adalah besar sebab banyak idol jepun kamu kena "support", sebab kena beli item, goodies, single atau yang berkaitan dengan oshi-oshi kamu. Peningkatan oshi bermakna peningkatan pembelanjaan. Haha

Contoh, Oshimen aku Oda Sakura (Morning Musume),dan Oshihen lain Sasaki Ayaka (Momoiro Clover Z), Takahashi Yurika (Otome Shinto), Hink (Color Pointe), Fukurawa Mirin (Dempagumi.inc) dan lain-lain, nak tak nak terpaksa beli item2 dari kumpulan lain bagi "support" idol jepun yang aku layan. Tapi kena pandai-pandai atur kewanganlah ye.



DD / Daredemo Daisuki
DD / Daredemo Daisuki ni ibarat kamu tidak ada oshi tapi dengan sesiapa saja boleh.
Secara am, peminat tidak fanatik dengan satu kumpulan saja, biasa suka juga dengan kumpulan-kumpulan yang ada. Itu secara am, tapi maksud ni kalangan peminat-peminat sekarang dan di Malaysia, DD ni lebih kepada layan seberapa banyak kumpulan idol yang kamu suka dan tidak tertumpu pada satu-satu kumpulan idol jepun saja. Kalau peminat fanatik, biasa mereka akan terhad layan satu kumpulan idol semata-mata, sebagai contoh, layan AKB48, mereka hanya akan layan yang berkaitan AKB48 saja, kalau mereka layan Hello! Project, mereka akan layan berkaitan Hello! Project saja. Tapi untuk DD, mereka akan layan semua kumpulan walaupun mereka dah ada Kami-group / Kumpulan Utama.

Contoh, aku memang peminat fanatik Morning Musume, tapi aku tetap DD sebab aku layan Otome Shinto, Armors Girls, Dempagumi.inc, RhymeBerry, Juice=Juice, Babyraids JAPAN, 3min, Color Pointe dan lain-lain.


MD / Minna Daisuki
MD / Minna Daisuki ni bila kamu minat beberapa idol tapi tak ada sorang pun dari oshi tu paling di sukai atau oshi utama, layan sama rata.
Berlainan MD dengan DD, mereka lebih suka beberapa idol dalam satu kumpulan yang sama. MD ni jarang ada dan kalau ada pun tak ramai peminat-peminat macam ni. Kalau macam DD lebih am berbanding MD sebab DD dia layan tapi tak terlalu fanantik.

Contoh, dalam satu kumpulan idol jepun, kumpulan ANGERME misalnya, aku suka dengan member dia macam Katsuta Rina, Kamikokuryo Moe & Takeuchi Akari.

No comments:

Post a Comment